Demi penghargaan & ingatan Tulus Ikhlas diatas jasa & pengorbanan Allahyarham DJ Sahrani Sarman, pihak pengurusan ADILA2u.com ingin merakamkan satu post ingatan istimewa buat beliau.
Arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya tadi kira-kira pada pukul 8.45pm kerana menderita penyakit leukimia.
Tanpa pengetahuan semua, arwah telah banyak berjasa kepada www.adila2u.com, biarlah jasa beliau itu bersemadi secara aman bersama arwah.
Apa yang pasti arwah seorang yang baik hati, prihatin & komited kepada kerja. Arwah mempunyai bakat yang besar didalam dunia penyampaian apatah lagi dalam menyampaikan coretan ADILA.
Berbekalkan anugerah suara yang lunak & merdu serta sungguh indah didengari, tidak hairanlah ramai yang meminati suara & cara penyampaian arwah.
Marilah kita sama-sama mendoakan semoga Roh Arwah ditempatkan disisi orang-orang yang beriman & beramal solah. Amin.
Sesungguhnya kehilangan beliau adalah kehilangan yang besar dalam dunia penyampaian & tidak akan dapat ditukar ganti.
Al-Fatihah.
Alfatihah..dariku Nadilah-Melayubestariku..
ReplyDeletealfatihah untuk Dj Sorr T_T
ReplyDeleteAssalamualaikum,saya saya muhamad salihin bin sahrani iaitu anak sulung arwah sahrani sarman.Saya dah banyak kali buka blog ni dan baca ulasan didalam blog ni.Saya terharu dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membuat blog ini sebagai tanda penghargaan buat arwah ayah saya. Saya selalu buka blog ni bila saya merindui ayah saya.Akhir kata,saya dan keluarga sering memutarkan radio klasik nasional untuk mengimbau kembali kenangan arwah ayah saya. Terima kasih sekali lagi kerana sudi membuat blog ini sebagai tanda penghargaan .
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAl Fatihah...tetiba teringatkan arwah Abg sepupu.Pemergiannya yang tak diduga rupanya beliau menghidap leukimia..Banyak kenangan yg tak mungkin dapat dilupakan.Semoga rohnya ditempatkan bersama dgn org2 yg beriman.. Aamiin
ReplyDelete