Al-Fatihah
Demi penghargaan & ingatan Tulus Ikhlas diatas jasa & pengorbanan Allahyarham DJ Sahrani Sarman, pihak pengurusan ADILA2u.com ingin merakamkan satu post ingatan istimewa buat beliau.
Arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya tadi kira-kira pada pukul 8.45pm kerana menderita penyakit leukimia.
Tanpa pengetahuan semua, arwah telah banyak berjasa kepada
www.adila2u.com, biarlah jasa beliau itu bersemadi secara aman bersama arwah.
Apa yang pasti arwah seorang yang baik hati, prihatin & komited kepada kerja. Arwah mempunyai bakat yang besar didalam dunia penyampaian apatah lagi dalam menyampaikan coretan ADILA.
Berbekalkan anugerah suara yang lunak & merdu serta sungguh indah didengari, tidak hairanlah ramai yang meminati suara & cara penyampaian arwah.
Marilah kita sama-sama mendoakan semoga Roh Arwah ditempatkan disisi orang-orang yang beriman & beramal solah. Amin.
Sesungguhnya kehilangan beliau adalah kehilangan yang besar dalam dunia penyampaian & tidak akan dapat ditukar ganti.
Al-Fatihah.