Thursday, April 5, 2012

Coretan Pertama, 5 April 2012

Kiriman Pertama
Khamis 5 Apr 2012

Dikirimkan Oleh: Pinggiran Cinta
Dari: Kota Samarahan, Sarawak.

Lagu Pilihan:-

  1. Nak Dara Rindu - P.Ramlee
  2. Sejak Kita Berpisah - Kartina Dahari
  3. Ratuk Denai - Erni Johan

Disampaikan Oleh: Nik Ahmad El-Azhar Omar
Nota: Bersama 3 Lagu Pilihan.

2 comments:

  1. Masa muda kta tidak mudah diulit rasa kerinduan kampung halaman. Tapi bila keseorangan di tempat orang, barulah rasa kerinduan menjenguk muka dan perasaan kerinduan tersebut tidah boleh dikawal lagi.

    ReplyDelete
  2. Kisah ini bermula pada tahun 1983 ketika saya berusia 20 Tahun. Ketika itu saya menuntut di Universiti Malaya tahun kedua bahagian pendidikan dan isteri saya Safiah yang ketika berusia 19 Tahun hanya menolong ibunya di sebuah kantin di Universiti itu. Ketika Safiah menghulurkan tangannya untuk memberi nasi lemak kepada saya, saya terpesona dengan kecantikan dan keayuan yang ada pada diri Safiah sehingga seorang rakan sebilik iaitu Zulkifli menegur " hei, Shahril apa lagi yang kau tengok? cepatlah aku sudah lapar ini. " dan saya mengucapkan terima kasih sebaik sahaja Safiah menghulurkan Nasi Lemak. Di kantin itu, Safiah dan ibunya, Zainab, di bantu oleh tiga orang bakal abang ipar saya iaitu Shafie, Yassin, Zulkifli dan adik perempuannya, Salina. Safiah merupakan keempat dari lima orang adik beradik dan saya merupakan anak sulung dari tiga orang adik beradik. Bapanya iaitu Haji Awang merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki dan ibunya seorang pengusaha kantin. Selepas tiga bulan menjalin hubungan persahabatan dan percintaan, akhirnya Safiah membawa saya ke rumah keluarganya di Kampung Sungai Penchala. Alhamdulillah, tiada halangan dari bakal mak mertua dan bapa mertua saya. Namun hanya satu yang mereka minta... "kalau boleh biarlah Safiah belajar dulu, kerja dan baru boleh kahwin" dan saya berkata "Insyaallah, pak cik dan mak cik... saya akan menunggu sampai Safiah habis belajar serta bekerja dan baru kami boleh fikir pasal kahwin" pada keesokan harinya, saya membawa Safiah ke kampung halaman saya di Segamat, Johor dan harapan mereka pun sama.. mereka ingin kami menamatkan pelajaran dulu, bekerja dan baru boleh berfikir tentang berkahwin. Pada tahun 1984, Safiah menjejakkan kaki ke Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, di tahun yang pertama dan saya pula meneruskan pengajian di Universiti Malaya sehingga saya menamatkan pengajian pada tahun 1986. Pada tahun 1987, Safiah menamatkan pengajiannya di UUM. Saat paling bahagia yang ada pada diri kami ialah, kami telah diijabkabulkan pada 30 Mei 1987 di kediaman keluarga Safiah di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Ramai tetamu-tetamu yang hadir terutama sekali saudara-mara sebelah Safiah di Pahang. Kenduri kedua pula pada 6 Jun, tahun yang sama. Saya dan Safiah tidak pernah ada masalah langsung sepanjang berkahwin sehinggalah saya dan Safiah dikurniakan 6 orang cahayamata iaitu 4 lelaki dan 2 perempuan. Pada tahun ini, genaplah 25 Tahun kami bersama dan Alhamdulillah pada 10 Mac 2012, anak sulung saya telah pun mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuda yang banyak memahami hati dan budi serta perasaannya. Kini kami bahagia untuk selamanya.

    Karya: Muhammad Azri Bin Mahamad Radzi dari Segamat, Johor.

    ReplyDelete