Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri….

Salam Lebaran buat semua peminat ADILA @ Klasik Nasional…

Sempena Hari Kemenangan kita esok hari, kami warga kerja ADILA2U.COM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan:-

“SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN”

Kami memohon maaf jika sepanjang mengelolakan adila2u.com ada salah & silap kami lakukan samaada sengaja atau tidak sengaja, terutama sekali dalam kami menyediakan coretan yang kadang-kadang kurang memuaskan & ada kadang-kadang tidak langsung dapat kami sediakan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkkan jutaan terima kasih kepada semua warga Klasik Nasional terutama DJ Sorr kerana telah banyak memberikan bantuan yang terdaya.

Tidak dilupakan jugak, ucapan jutaan terima kasih kepada semua peminat-peminat ADILA yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan & dorongan kepada kami @ adila2u.com selama ini. Sesungguhnya sokongan anda amatlah kami hargai & kami jadikan semangat utk terus berjuang…

Sekian, Minal Aidil Wal Faizin….

Thanks. :)

No comments:

Post a Comment