Wednesday, July 27, 2011

Coretan Ketiga, 27 July 2011

Kiriman Ketiga
Rabu 27 July 2011

Dikirimkan Oleh: Kasih Derita
Dari: Seri Kinta, Ipoh, Perak.

Lagu Pilihan:-

  1. Usah Dikenang, Usah Dikesal - Sharifah Mona
  2. Bukan Belas Bukan Simpati - Azian Wazwan Safuan
  3. Jangan Ada Airmata - Hetty Koes Endang

Disampaikan Oleh: Zuraidah Mohd Noh
Nota: Bersama 3 Lagu Pilihan.

1 comment:

  1. Salam Pn. Kasih,

    Abg faham apa yang dilalui oleh Puan. Sememangnya perit jika kasih yang kita curahkan tapi racun yang dihidangkan..

    Abg rasa ada baiknya Puan Kasih bawak berbincang dengan Suami & kenal pasti masalah sebenarnya. Gunakan perkataan yang paling manis & paling lembut yang Puan ada.

    Mungkin suami juga ada masalah & tekanan yang dipendamkannya. Berbincang & cari jalan penyelesaian yang terbaik utk anda berdua.

    Jika suami tidak boleh dibawa berbincang, cari atau berjumpa orang yang disegani oleh suami, contohnya ibubapa suami, bapa saudara & sebagainya yang boleh membantu tapi adalah lebih baik dari kalangan ahli keluarga...

    Minta bantuan orang yg disegani suami ini utk nasihatkan suami. InsyaALLAH jika diizinkan ALLAH pasti akan ada solusinya.

    Namun jika masih tidak berjaya, Puan boleh ke Pejabat Agama terdekat untuk membuat pengaduan & meminta nasihat.

    Disamping itu, yang paling utama & penting sekali Puan jangan sesekali jemu utk berdoa & bermohon kepada ALLAH kerana kuasa ALLAH membatasi segala-galanya.

    Berdoalah tidak putus-putus setiap kali selepas solat. Setiap kali selepas suami tidur sebutkan kalimat "Ya Latif" berulang kali diatas ubun-ubunnya perlahan-lahan. InsyaALLAH dengan izin ALLAH pasti hatinya akan lembut jua.

    Berkenaan dengan tuntutan nafkah harian keluarga, abg rasa mungkin buat masa ini hanya itu yang termampu diusahakan oleh suami. Lainlah pendapatan suami digunakan utk benda-benda lain yang tidak bermanafaat...

    Abg yakin apabila hati suami kembali lembut pasti banyak jalan penyelesaian yang dapat difikirkan bersama. Jangan terlalu mendesak suami sbb jiwa & hati lelaki memang mudah tertekan jika didesak.

    Abg doakan yang terbaik buat Puan sekeluarga, semoga suami akan berlembut hati & menjalankan tanggungjawabnya kepada keluarga dengan sebaik mungkin...amiinnn..

    Sekian, Wassalam..

    ReplyDelete