Wednesday, April 27, 2011

Coretan Pertama, 27 April 2011

Kiriman Pertama
Rabu 27 April 2011

Dikirimkan Oleh: Siti Ani Abidin
Dari: UPM Serdang, Selangor.

Lagu Pilihan:-

  1. Sabar Menanti - Dato' Khatijah Ibrahim
  2. Kemanaku Bawa Hati yang Rindu - Jamal Abdillah
  3. Kemana Dimana - Fatimah Razak

Disampaikan Oleh: Anisma Azwati Ahmad.
Nota: Bersama 1 Lagu.

1 comment:

  1. Salam Siti, perasaan cinta adalah suatu perasaan yang paling indah yang dianugerahkan oleh ALLAH kepada kita manusia, didalam cinta ada kasih sayang yang mampu menyatukan hati manusia mahupun makhluk ALLAH yang lain.
    Namun kecintaan yang sebenar fitrahnya adalah kecintaan utama kita iaitu kepada pencipta kita...

    Percintaan antara lelaki & perempuan tidak pernah ada salahnya jika kita sentiasa meletakkan syarak dihadapan kita sebagai batasan. Percintaan antara lelaki & perempuan kerana ALLAH amat besar darjatnya disisi ALLAH.
    Namun perasaan cinta yang terlalu membuak kepada seseorang yang belum pasti statusnya dengan kita adalah sesuatu yang hanya membuang masa & tenaga...

    Maafkan abg jika kata-kata abg diatas berbunyi agak kasar tetapi itulah hakikatnya. Jangan jadikan Romeo & Juliet, Laila & Majnum sebagai idola atau contoh percintaan kita. Jadikan Cinta Rasulullah kepada Siti Khadijah & kepada Siti Aisyah sebagai panduan.

    Cinta Romeo & Juliet, Laila Majnum hanyalah cinta sia-sia, cinta yang hanya membinasakan diri sahaja.

    Buat masa sekarang Siti kena sedar & buka mata seluas-luasnya...dia yang Siti puja itu bukanlah sesiapa, sekadar hanyalah kenalan yang tiba-tiba bertahkta dihati..

    Dia bukannya seorang suami yang seharusnya dipuja & didamba oleh seorang wanita bergelar isteri. Jika dia adalah suami Siti maka wajarlah Siti masih setia & mengharapkan kasih sayangnya kembali...

    Kerana Cinta Isteri kepada Suaminya tidak pernah sia-sia. Dalam satu Hadith, Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang membawa maksud, "Jika ALLAH mengizinkan manusia menyembah manusia, nescaya aku akan meminta Isteri menyembah Suaminya"...

    Kesetiaan & pengorbanan seorang Isteri terhadap Suami akan dibalas dengan Syurga ALLAH yang tersergam Indah...

    Siti perlu kembali kepada-NYA, sedarlah akan segala pengorbanan Siti terhadap Man itu adalah sia-sia...kesetiaan pada Lelaki yang bukan Suami anda adalah jelas ianya sia-sia.

    Dekatkan diri kepada ALLAH, banyakkan berzikir & kerjakan sembahyang istikharah utk mendapat petunjukNYA pada jalan yang perlu Siti tempuhi kelak...

    Wallahulam...

    Sekian, Wassalam...

    ReplyDelete